❝ ANGAN-ANGAN @ IMPIAN ❞

11:23:00 Unknown 0 Comments

Intipati Kelas @ Bengkel yang dianjurkan MOM'S BAKERY COTTAGE  bukan hanya untuk anda mempelajari resepi cara pembuatan roti, kek atau pastri sahaja.. Sekiranya anda seorang yang mempunyai keazaman dan impian untuk mengubah hidup anda dengan memulakan perniagaan berasaskan makanan, gunakan kesempatan masa anda di dalam Kelas @ Bengkel yang dihadiri dengan mengetahui pelbagai intipati rahsia dan teknik yang bukan terletak sahaja pada resepi pembuatannya....

Intipati rahsia dan teknik yang seharus anda cari di dalam Kelas @ Bengkel ini adalah:

🎂🎂 PENGURUSAN MASA
Bagaimana caranya kami dapat melakukan Kelas @ Bengkel ini dengan hanya tempoh 4 - 5 jam sahaja tetapi mengajar modul sehingga 5 @ 6 jenis resepi sekaligus... Secara logiknya, tahukah anda, hanya dalam tempoh 2 @ 2 1/2 jam sahaja anda boleh menyiapkan tempahan satu jenis roti @ mini pizza hampir 50 set secara individu.....

🎂🎂 KITCHEN AIDS
Tahukah anda, di dalam Kelas @ Bengkel ini kami hanya menggunakan 3 @ 4 jenis peralatan bantu dapur (kitchen aids) sahaja, tetapi setiap peralatan tersebut mempunyai dwi fungsi pelbagai guna yang boleh kita lakukan.....

🎂🎂 MENTALITI
Tahukah anda, hanya yang benar-benar berminat sahaja dan mempunyai keazaman dan semangat untuk meningkatkan pendapatan keluarga sahaja akan kami berikan bimbingan seterusnya. Oleh yang demikian, gunakanlah kesempatan menghadiri Kelas @ Bengkel ini untuk anda mengejar IMPIAN dan bukannya ANGAN-ANGAN sahaja.....

Kesenangan, kesusahan, kerajinan, kemalasan, impian dan angan-angan hanya terletak pada diri anda sendiri. Kami di MOM'S BAKERY COTTAGE telah mengorak langkah mengejar IMPIAN di depan mata kami, dan kami juga bermula dari bawah.


0 comments: