SIAPA MENTOR PMKitchenClub ?

10:22:00 Unknown 0 Comments


πŸ’“πŸ’“ TERIMA KASIH MENTORKU πŸ’“πŸ’“

Dapat juga memiliki majalah RASA bulan ini. Selak helaian demi muka helaian.. terjumpa orang yang menjadi mentor / pengajar blogger Pn. Hayati (PMKitchenClub) sewaktu Bengkel Croissant & Pastry tempohari.....

Ilmu yang dicurahkan oleh CHEF NORIZAD memang TERBAIK !!!

Ada orang kata, tidak perlu bersusah payah pergi ke kelas atau bengkel mana-mana untuk belajar.. Semuanya di hujung jari, cari dan klik sahaja sudah boleh jumpa apa jua resepi yang kita kehendaki.....

Secara jujurnya, memang tidak sama antara belajar berguru dengan tidak berguru. Pembelajaran secara dua hala (face to face) memang lebih berkesan berbanding memahami secara pemahaman kita sahaja.

Selain itu, bila kita dengan rendah diri berguru, banyak tips-tips dan rahsia teknik pembuatan dapat disampaikan dengan lebih jelas lagi..

0 comments: